Akaun 3 KWSP Dibenarkan Pengeluaran

Akaun 3 KWSP atau dikenali sebagai Akaun Fleksibel bakal dilancarkan dan dilaksanakan tidak lama lagi oleh KWSP.

Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Pengenalan untuk Akaun 3 dicadangkan KWSP di mana pencarum boleh keluarkan simpanan KWSP pada bila-bila masa sahaja, kata Nurhisyam Hussein (Ketua Pegawai Strategi KWSP).

Ahli yang berusia bawah 55 tahun yang mempunyai akaun KWSP akan distruktur semula daripada 2 akaun KWSP kepada 3 akaun bermula 11 Mei 2024.

Simpanan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa daripada akaun fleksibel ini dan boleh disalurkan semula ke akaun 1 atau 2, minimum jumlah pengeluaran ialah RM50 menurut sumber.

Bayaran Akaun 3

Berapa peratus dalam Akaun 3 KWSP? Selepas Akaun Fleksibel ini dilaksanakan, akaun ahli akan dibahagikan kepada :

  • Akaun 1 = 75%
  • Akaun 2 = 15%
  • Akaun 3 = 10%

Ahli KWSP diberi masa bermula Mei sehingga 31 Ogos 2024 (fasa pengumpulan) untuk pilih jumlah permulaan ke dalam Akaun 3 di mana ahli boleh pindahkan dana daripada Akaun 2 ke Akaun 3.

Baki Akaun 3 akan bermula dengan ‘Kosong’ jika ahli memilih untuk tidak sertai untuk jumlah permulaan.

Pengeluaran Akaun 3 fleksibel kwsp

Tujuan Akaun 3 Dilaksanakan

Objektif pelaksanakan Akaun Fleksibel ini adalah untuk membantu ahli KWSP menangani keperluan kewangan ketika waktu kecemasan yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.

Akaun fleksibel

KWSP Login

Berikut adalah cara log masuk ke i-Akaun KWSP untuk semak penyata atau semak dividen KWSP:

  1. Login ke https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Masukkan User ID
  3. Tekan pada menu tab ‘Akaun Peribadi’
  4. Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan klik Cari

Info Lanjut

Untuk info terkini dan maklumat rasmi mengenai KWSP Akaun 3 ini, anda boleh rujuk sumber portal rasmi melalui akaun berikut :

 

Leave a Comment